Tanda paling Dekat Dengan Kemunculan Imam Mahdi Adalah Adanya Panji-panji Hitam Yang Keluar Dari Khurasan  A. Dari Abu Hurairah RA berkata,...

Penjelasan sederhana mengenai Imam Mahdi pemimpin akhir zaman | www.hatiakuislam.com Penjelasan sederhana mengenai Imam Mahdi pemimpin akhir zaman | www.hatiakuislam.com

Penjelasan sederhana mengenai Imam Mahdi pemimpin akhir zaman | www.hatiakuislam.com

Penjelasan sederhana mengenai Imam Mahdi pemimpin akhir zaman | www.hatiakuislam.com

 Tanda paling Dekat Dengan Kemunculan Imam Mahdi Adalah Adanya Panji-panji Hitam Yang Keluar Dari Khurasan

 A. Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Akan keluar dari Khurasan Panji-panji Hitam. Maka (Panji-panji Hitam itu) tidak dapat ditolak oleh sesuatu apa pun sehinggalah ditancapkan di Ilya'. (At-Tarmizi)

B. Sabda Nabi SAW, "Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji- panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk." Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)

Pemuda Bani Tamim itu akan mendatangi Khurasan iaitu dalam perjalanannya menuju ke Makkah atau Syam. Di sana beliau akan mendapat Panji-panji Hitam yang sebenar, bukan lagi panji-panji hitam yang dibuat sebelumnya. Panji-panji Hitam itu adalah panji-panji yang pernah digunakan oleh Rasulullah SAW dahulu, sewaktu peperangan menghadapi kaum kafir dan Yahudi. 

Dari Khurasan, mereka menuju pula ke Ilya' iaitu satu bandar tidak jauh dari Baitulmaqdis. Sepanjang perjalanan yang jauh itu, mereka senantiasa diberi kemenangan oleh Allah SWT terhadap siapapun penentangnya, yang sangat risau terhadap kemarahan tentera Allah itu. 

Kuasa baru yang amat hebat ini amat menggentarkan hati setiap musuh Allah sehingga hati mereka terasa sangat-sangat sempit, bagaikan sempitnya dada orang yang sedang mendaki ke atas langit. Ketakutan yang mereka rasakan ketika itu akan segera dibalas oleh Allah dengan dijatuhkan mereka di hadapan umat Islam yang dipimpin oleh Pemuda Bani Tamim.

Kepergian mereka ke Ilya' itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencari Imam Mahdi, iaitu orang yang paling berhak ke atas pemerintahan seluruh dunia ini, sebab Pemuda Bani Tamim hanyalah penyedia tapak untuk pemerintahan Imam Mahdi, bukan dia yang memerintah dunia ini. 

Namun beliau adalah pembantu kanan Imam Mahdi dan kedudukan ini tidak dapat disangkal lagi, kerana telah dijelaskan oleh hadis-hadis.

Orang Yang Hidup Pada Zaman Imam Mahdi Sangatlah Beruntung

 A. Sabda Nabi SAW, "Setiap umatku yang lahir pada kemudian akan diberikan pahala (sebanyak) 50 (kali pahala) orang sahabat."

Hadis ini sebenarnya adalah merupakan penjelasan kepada ucapan yang dibuat oleh Imam Ibnu Sirin tadi. Di sini disebutkan pahala yang akan mereka terima, adalah 50 kali lebih banyak daripada apa yang diterima oleh para sahabat RA. Kenapa boleh terjadi yang demikian?

1. Mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya sedangkan mereka tidak pernah melihat Nabi SAW. Maka patutlah mereka mendapat lebih banyak pahala daripada Allah.

2. Mereka ditimpa kesusahan hanya semata- mata kerana mereka mempertahankan iman mereka itu tadi.

3. Mereka tetap berpegang teguh dengan keyakinan dan pendirian itu, dan iman mereka tidak pernah berganjak. Dari segi logikanya, mereka memang layak untuk menerima lebih banyak pahala.

4. Mereka terpaksa menanggung sendiri kesusahan dan kepayahan akibat mempertahankan iman, tanpa ada pembela yang akan membela mereka atau menyelamatkan mereka. Masing-masing terpaksa berjuang sendirian, menyelamatkan iman sendirian dan saling membela diri sendiri. Tidak ada rasul bersama-sama mereka. Rasul yang ada bersama mereka hanyalah 'ajaran-ajaran' yang jauh tertanam di dalam hati dan iman mereka yang teguh.

5. Mereka ibarat anak yatim, tiada 'berbapa'. Jika para sahabat dahulu, ada Rasulullah SAW yang akan membela mereka, sedangkan umat akhir zaman ini tiada lagi Rasulullah SAW yang akan membela mereka, kerana Rasulullah SAW sudah lama wafat.

Pahala yang dimaksudkan di sini, bukanlah dengan arti mereka lebih afdhal daripada sahabat RA. Pahala yang dimaksudkan itu adalah semata-mata pahala, dan itu tidaklah menjadi suatu sebab untuk membolehkan mereka mengatasi para sahabat RA. 

Jika pahala dijadikan ukuran, umat zaman dahulu lebih layak mendapat pahala yang lebih banyak daripada kita pada hari ini, yang rata- ratanya berumur pendek dan lemah dari segi tenaganya.


  Kekhalifahan Imam Mahdi Sudah Ditunjuk Oleh Nabi SAW

 A. Dari Abu Said al-Khudri RA dari Nabi SAW bersabda, "Di antara khalifah kamu ada seorang khalifah yang mencurahkan harta-benda tanpa mengira-ngira." ( Muslim)

B. Dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda, "Jika umur dunia ini tidak tinggal melainkan sehari sahaja, pasti akan dipanjangkan oleh Allah hari itu sehingga dia memerintah." (At- Tarmizi)

C. Ibrahim bin Maisarah RH berkata, "Aku bertanya kepada Tawus, "Adakah Umar bin Abdul Aziz itu Al-Mahdi?" Jawabnya, "Dia seorang (khalifah) yang mendapat petunjuk, tetapi bukannya Al-Mahdi kerana dia tidak memenuhi semua ciri-ciri keadilan."

Salah satu syarat untuk membuktikan seseorang itu adalah pemimpin yang benar-benar adil dan dipilih oleh Allah untuk memerintah manusia pada zamannya ialah naiknya sebagai pemimpin sudah pun ditunjuk oleh orang yang terdahulu daripadanya, maupun oleh Rasulullah SAW sendiri, oleh para ulama terdahulunya atau para wali yang ada sejenak sebelum mereka lahir lagi.

Itulah tanda yang jelas bahwa pemimpin berkenaan adalah orang yang dilantik oleh Allah. Setiap orang Allah, kelahirannya saja sudah disebutkan oleh orang-orang yang terdahulu daripadanya. Dalam Imam Mahdi ini, orang yang menunjukkan kemunculannya adalah Rasulullah SAW sendiri. Oleh karena itu, naiknya Imam Mahdi sebagai pemimpin umat pada zaman ini adalah lebih aula daripada naiknya pemimpin melalui cara pilihan umum (pemilu) atau kebanyakan sistem yang sedang kita gunakan saat ini.

Manakah yang lebih patut kita dahulukan, melantik pemimpin yang dipilih oleh majoriti rakyatkah atau melantik pemimpin yang dipilih oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW, nabi kita? Jawabannya ada pada kita dan semua orang pun tahu. Jadi, apa yang mau kita tunggu lagi?


[19/10 16.01] ‪+62 815-7461-5299‬: Kekuasaan Imam Mahdi Meliputi Seluruh Dunia

 A. Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi akan menguasai seluruh dunia sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Zulkarnain dan Nabi Sulaiman AS."

Disebutkan oleh Imam Syamsuddin Abu Abdillah al-Ansari al-Qurtubi di dalam kitabnya At-Tazkirah, (yang terjemahannya) kira-kira begini :

''Diriwayatkan adalah orang-orang yang memerintah dunia ini ada empat orang: Dua orang mukmin dan dua orang kafir. Yang mukminnya ialah Sulaiman bin Daud dan Iskandar. Manakala yang kafirnya ialah Namrud dan Bukhtu Nasar. Dan pemerintah yang kelimanya adalah dari umat ini iaitu Al-Mahdi.''

Ringkasnya, di antara pemerintah dunia yang diberi keupayaan untuk menguasai seluruh dunia, hanya seorang saja yang datang dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW ini, iaitu Imam Mahdi. Dan penyempurnanya ialah Nabi Isa AS.


Sebelum Imam Mahdi a.s Dzahir Menjadi Seorang Pemimpin, Dunia Akan Dipenuhi Dengan Penindasan

 A. Sayidina Ali bin Abi talib KMW berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika cuma tinggal sehari sahaja sebelum kiamat tiba, nescaya Allah pasti akan mengutuskan seorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan penindasan."

Sudah menjadi kelaziman umat manusia sejak anak-anak Nabi Adam AS lagi, terutamanya pada hari ini, apabila merasakan dirinya kuat dia akan menindas pihak yang dirasakan lemah. Pada hari ini keadaan itu amatlah ketara walau di mana sekali pun kita berada. Orang-orang yang diberi kuasa akan menindas rakyat jelata dan orang- orang jahat akan menguasai orang ramai. 

Orang kaya selalu menindas orang-orang yang kurang berada dengan pelbagai cara dan bentuk, daripada yang sekasar-kasarnya hinggalah kepada yang selembut-lembutnya. Yang miskin sesama miskin juga saling tindas-menindas. Yang kaya dengan yang kaya juga turut menindas antara sesama mereka. Pendeknya, tindas-menindas senantiasa berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira siapa dan bagaimana.

Yang ada ilmu agama juga menindas sesama umat Islam. Yang pandai, cerdik dan pintar akan menindas yang bodoh dan tidak berilmu. Yang sesama pintar pun saling telan-menelan. Yang bodoh dengan yang bodoh juga selalu berlaku tipu-menipu dan makan-memakan antara sesama mereka. 

Sesiapa yang terpilih mendapat kuasa pemerintahan di sebuah negara, pasti lambat laun akan berlaku zalim juga, dan pasti akan menindas pihak-pihak yang menentangnya, biar apa pun matlamat perjuangannya atau politiknya. Yang kuat dengan yang kuat juga saling berbenturan, apa lagi antara yang kuat dengan yang lemah.

Dalam keadaan yang sering berlaku tindas-menindas inilah Allah SWT akan mengutuskan Imam Mahdi, dari kalangan Ahlulbait untuk membetulkan kemanusiaan yang telah terlalu rusak itu. 

Tugas Imam Mahdi ini amatlah besar untuk dipikulnya, tetapi beliau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah dalam setiap urusannya, sehingga perkara yang besar pun dapat diselesaikannya dengan amat mudah pula.

0 komentar: