Dakwah dari jajahan iblis laknatullah TAFSIR QUR'AN HARIAN* 🎓 " __________________________🌴🌴 📝 Oleh Ustadz M Zuhal A Lat...

Tafsir Quran Al-israa ayat 45-46 Tafsir Quran Al-israa ayat 45-46

Tafsir Quran Al-israa ayat 45-46

Tafsir Quran Al-israa ayat 45-46

Dakwah dari jajahan iblis laknatullah
Hasil gambar untuk al isra
TAFSIR QUR'AN HARIAN* 🎓
"
__________________________🌴🌴

📝 Oleh Ustadz M Zuhal A Lathif
(Salahsatu Pembina 99 Musaafir)

📚📚📚📚📚📚📚📚📚📚


*بسم اللّٰه الرحمن الرحيم*

📖 *_QS. Al-Israa Ayat 45_*

وَإِذَا قَرَأۡتَ ٱلۡقُرۡءَانَ جَعَلۡنَا بَيۡنَكَ وَبَيۡنَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأَخِرَةِ حِجَابًا مَّسۡتُورًا

_Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu._

📖 *_QS. Al-Israa Ayat 46_*

وَجَعَلۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِہِمۡ أَكِنَّةً أَن يَفۡقَهُوهُ وَفِىٓ ءَاذَانِہِمۡ وَقۡرًا  ۚ  وَإِذَا ذَكَرۡتَ رَبَّكَ فِى ٱلۡقُرۡءَانِ وَحۡدَهُ  ۥ وَلَّوۡاْ عَلَىٰٓ أَدۡبَـٰرِهِمۡ نُفُورًا

_Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri._

                   __📚📚

*_Antara huraian Al-Israa : 45-46_*

☔🎤 Ayat ini merupakan jaminan perlindungan Allah SWT terhadap baginda nabi dalam menyampaikan dakwah (Al-Quran).

💎 Bahawa ketika baginda menyampaikan dakwah dan ada orang yang berniat jahat kepadanya, maka Allah akan melindunganya, bahkan ada pada suatu masa, orang-orang kafir tidak boleh melihat wujud baginda, sedangkan baginda berada di depan mereka bersama Abu Bakar.

🎙📗 Makna lainnya adalah, ada ramai orang kafir yg memang Allah SWT sudah tetapkan kekafirannya. sehingga apabila mereka mendengar Al-Quran atau dakwah baginda, macam ada penyekat antara mereka dan Al-Quran.

🎭 Macam telinganya ada penutup, yang tidak boleh mendengar keindahan dan kebenaran Al-Quran, yang tidak boleh memahami erti dan pesanan Al-Quran.

🏃 Mereka alahan (Allergic) ketika disebut nama Allah, tuhan yang Esa, mereka akan melarikan diri atau berpaling dari mengetahui erti Tuhan yang Esa itu.

🔨💣 Jadi, di sini, memang ada manusia yang memang Allah sudah menetapkan kekafirannya, dakwah tidak akan ada manfaatnya untuk mereka.

📡🗞 Namun itu ada dalam ilmu Allah, dalam ilmu manusia lain caranya, manusia muslim mesti sentiasa berdakwah atau menyampaikan kebenaran, kerana manusia tidak tahu, siapa yg akan mendapat hidayah dan siapa yang terus dalam kesesatan.

                    __📚📚

Catatan :

📝 Ada petuah, kerana baginda nabi membaca ayat 45 ini semasa berlindung dari bahaya (orang kafir), maka sesiapa yang merasa kurang aman dari bahaya, silalah membaca ayat ini dengan penuh keyakinan, insyaallah, Allah akan melindunginya.

Wallahu a'lam


Rabu
09 Dzul-qoidah 1438
02 Agustu 2017

Wahyu hidayat (wh)

0 komentar: